Pengenalan

Laman Utama / Pengenalan

Waris Sultan Perak Ke XXXIII

YANG AMAT MULIA RAJA DATO' SERI IZZUDDIN ISKANDAR SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A'FIFULLAH SHAH (SPCM,DSAP)

يڠ امت مليا راج عز الدين إسكندر شاه الهاج ابن المرحوم سلطان إدريس ا'فيفو الله شه

ISTANA SERU TAMBUN PERAK R.I.S

Sejarah Kesultanan Perak Dari Tahun 1887 - 2006

Sultan. Abd Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah

Sultan Perak ke 29; 1916-1918. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah I, putera Almarhum, Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah, telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-29 pada bulan Januari 1916. Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah ditabalkan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah

Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda tiri baginda, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, dan bergelar Sultan Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz

Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Raja Abdul Aziz telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938 dengan gelaran Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah. Istiadat pertabalan baginda berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4 Mac 1939. Baginda merupakan paduka putera sulong al-Marhum Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Walilullah, cucunda Raja Jaafar bakal sultan seterusya, dan Raja Jaafar Billah adikanda.

Sultan Yussuff Izzuddin Shah

Sultan Yussuff Izzuddin Shah merupakan Sultan Perak Darul Ridzuan ke-32. Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 29 Mac 1948, dan baginda bergelar Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu, dan bersemayam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah

Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah (Jawi: سلطان إدريس المتواكيل الا الله شاه ابن المرحوم سلطان إسكندر شاه كادداسو الله; 17 Ogos 1924 - 31 Januari 1984) atau selepas kemangkatannya dikenali Sebagai Al-Marhum Sultan Idris A'fifullah Shah merupakan Sultan Perak ke-33 yang memerintah selama 21 tahun bermula dari 5 Januari 1963 sehingga 31 Januari 1984.

YAM Raja Dato' Seri Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah (SPCM,DSAP)

Raja Izzuddin Shah Di lahirkan pada 5hb March 1953, merupakan putera sulong kepada Almarhum Sultan Idris Shah Sultan Perak-33 dan di angkat menjadi raja bergelar negeri perak bermula dengan jawatan Raja Kechil Bongsu Perak pada umur 9tahun dan berakhir dengan gelaran Raja Kechil Besar Perak pada tahun 2006.